Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Seberang Perai 2024/2025

KEMASKINI EXCO MULTIMEDIA,PUBLISITI DAN ICT

25 APRIL 2024 || WATIKAH PELANTIKAN Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025

Dengan segala hormatnya, kami ingin mengumumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sesi 2024/2025 telah dilantik pada 25 April 2024. Majlis ini terdiri daripada 35 ahli yang telah dipilih melalui pilihan raya.


Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

8 mac 2024 || Malam Gala & Majlis Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024

Majlis ini bertujuan untuk meraikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 atas kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang dua tahun ini dalam membantu pengurusan kolej. Ini menandakan penghargaan kepada usaha dan sumbangan mereka dalam menjalankan tugas mereka dengan cemerlang demi kebaikan kolej. 

📍Untuk makluman semua, Pada 31 March 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 akan dibubarkan dengan rasminya

8 mac 2024 || Lawatan Penanda Aras Majlis Perwakilan Pelajar KVSEP bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk memperluaskan persefahaman dan mengeratkan hubungan antara pelajar dari kedua-dua institusi melalui pertukaran idea, pengalaman, dan pandangan. Selain itu, lawatan ini juga membuka pintu kepada peluang kolaborasi masa depan yang dapat memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar dari kedua-dua institusi.

Majlis Graduasi SVM Kohort 2019/2020

Gambar Graduasi 

https://shorturl.at/hkrCT 


Video semasa menerima skrol Sijil Vokasional Malaysia Kohort 2019/2020

https://www.youtube.com/watch?v=zXJxsF_aLq4 

Majlis Graduasi SVM Kohort 2021

Gambar Graduasi (Dewan)

https://drive.google.com/drive/folders/1yoEVDBa7T9nLa3WLM8VmX-sewIumH6wZ?usp=sharing

Gambar Graduasi (Luar Dewan) akan dikemaskini dalam masa terdekat


Video semasa menerima skrol Sijil Vokasional Malaysia Kohort 2021

https://youtu.be/g8bDIF0SkZ4?si=zi8tRaHb3XRD4zkp 

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MPP SEPANJANG 2023

National KV 7 Series Pearl 7s Piala Pengarah KV Seberang Perai

Pertandingan ini diadakan pada 19 Ogos 2023 di KV Seberang Perai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. Seramai 24 pasukan dari seluruh KV di Malaysia telah turut serta dalam pertandingan ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah menjadi penentu utama dalam menjayakan pertandingan ini, menjadikan mereka tulang belakang yang penting dalam pengaturan acara ini dengan cemerlang 

Festival Science and Math Shows

Festival ini diadakan pada 18 Ogos 2023 di KV Seberang Perai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. Seramai 10 kumpulan yang terdiri dari pelajar KV Seberang Perai telah turut serta dalam festival ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah berperanan penting dalam menjayakan festival ini dengan menyusun acara-acara menarik, merancang aktiviti kreatif, dan memastikan festival berjalan dengan lancar dan penuh semangat. 


Sambutan Maulidur Rasul 1444H

Sambutan ini diadakan pada 29 September 2023 di KV Seberang Perai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan AJK Surau Al-Amin. Sebanyak 20 kelas yang terdiri dari pelajar KV Seberang Perai telah turut serta dalam sambutan ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah berperanan dalam merancang dan melaksanakan program-program yang membawa kebaikan rohani kepada pelajar. Ini termasuk ceramah agama, aktiviti kebajikan, serta program-program pendidikan yang menguatkan nilai-nilai moral.



Karnival Bolasepak PESSKOV 2023 Peringkat Kebangsaan

Karnival ini diadakan pada 21 Oktober 2023 di Kopa Arena, USM Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. Sebanyak 19 kumpulan yang terdiri dari pensyarah seluruh KV di Malaysia telah turut serta dalam karnival ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah berperanan penting dalam menyelenggarakan dan memeriahkan karnival ini dengan penuh semangat dan dedikasi, serta menjadi wadah untuk memudahkan koordinasi acara sebesar ini. Selain itu, mereka juga menyusun aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada pensyarah untuk berinteraksi, berkongsi pengetahuan, dan mengukuhkan hubungan antara KV di Malaysia.