AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MPP SEPANJANG 2025 - 2026
28 MEI 2025 || FESTIVAL SENI KOLEJ VOKASIONAL DEKAD BAHASA PERINGKAT ZON PULAU PINANG TAHUN 2025
Dengan slogan "Bahasa Menjunjung Budaya, Memartabatkan Bangsa", Kolej Vokasional Seberang Perai telah menjadi tuan rumah bagi Festival Seni Kolej Vokasional Dekad Bahasa Peringkat Zon Pulau Pinang Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Al-Adzim.
Program ini dianjurkan bagi memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan serta menyemarakkan semangat seni dalam kalangan pelajar kolej vokasional. Antara pertandingan yang dijalankan secara rakaman video termasuk Deklamasi Sajak (Pelajar), Bicara Berirama, Pengucapan Awam dan Public Speaking. Manakala bagi pertandingan secara bersemuka, pertandingan Deklamasi Sajak melibatkan pensyarah telah dijalankan dengan penuh semangat dan apresiasi seni.
Sebagai pasukan sokongan utama, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memainkan peranan penting dalam mengurus tetamu, menyusun perjalanan pertandingan, serta memastikan kelancaran majlis penjurian dan penutup yang berlangsung pada 28 Mei 2025 (Rabu). Keterlibatan mereka menunjukkan kecekapan dalam membantu penganjuran acara peringkat zon.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan penyertaan yang mengagumkan. Semoga festival ini terus menjadi pemangkin dalam memartabatkan bahasa dan budaya bangsa.
23 MEI 2025 || SAMBUTAN HARI GURU KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI TAHUN 2025
Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2025 peringkat Kolej Vokasional Seberang Perai telah diadakan dengan penuh meriah dan bermakna. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa serta pengorbanan para pendidik yang sentiasa berdedikasi dalam membimbing dan mencorak masa depan pelajar.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis ini termasuk acara penghargaan khas, jamuan, dan penyampaian Anugerah Cikgu Paling Sporting yang terdiri daripada lima kategori iaitu Cikgu Paling Sempoi, Cikgu Paling Penyayang, Cikgu Paling Bergaya, Cikgu Paling Happening, dan Cikgu Paling Kelakar. Tahniah diucapkan kepada para guru yang telah memenangi anugerah tersebut. Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam mendidik dan membimbing para pelajar.
Segala persiapan dan pelaksanaan majlis ini telah diselaraskan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bertindak selaku jawatankuasa pelaksana. Dari penyediaan dewan, pengurusan hadiah, hinggalah pengacaraan majlis – MPP memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran keseluruhan program.
Terima kasih kepada semua guru atas segala ilmu, bimbingan dan kasih sayang yang tidak ternilai. Semoga jasa kalian terus menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga KVSEP.
8 MEI 2025 || MAJLIS PELANTIKAN IMAM MUDA DAN BILAL KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI TAHUN 2025
Majlis Pelantikan Imam Muda dan Bilal KVSEP Tahun 2025 telah diadakan bagi menghargai serta mengiktiraf pelajar-pelajar yang berbakat dalam memimpin solat dan azan. Program ini merupakan inisiatif ke arah membentuk generasi pelajar yang berilmu, berakhlak dan berkeyakinan tinggi dalam bidang kepimpinan rohani.
Pemilihan Imam Muda dan Bilal ini bukan sahaja berdasarkan kemahiran dalam bacaan dan tajwid, tetapi juga merangkumi sahsiah serta kepimpinan mereka dalam komuniti kolej.
Majlis ini turut dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang membantu dalam urusan penyusunan majlis, penyampaian sijil dan penyelarasan logistik program. Ini memperlihatkan peranan MPP bukan hanya dalam aspek sosial, tetapi juga dalam menggalas tanggungjawab membina nilai spiritual dalam kalangan pelajar.
Program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan pelajar lain dengan menanamkan semangat mencontohi mereka, sekali gus mendorong lebih ramai pelajar mendekati masjid dan menggalas peranan sebagai pemimpin ibadah.
22 APRIL 2025 || PROGRAM JOM PREP KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI
Program Jom Prep merupakan inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) memanfaatkan masa dengan lebih berkesan melalui sesi pembelajaran tambahan dan penyelesaian tugasan secara berfokus.
Dilaksanakan dua kali seminggu, program ini menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif untuk pelajar mendalami subjek penting, meningkatkan prestasi akademik, serta membina disiplin diri dalam pengurusan masa dan tanggungjawab.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut diberi amanah untuk membantu mengurus kehadiran, menyelia bilik-bilik prep, dan memastikan pelaksanaan program berjalan lancar sepanjang semester. Penglibatan aktif ini turut membuktikan peranan MPP dalam memantapkan budaya belajar dalam kalangan pelajar.
Sebagai salah satu program tetap yang diterapkan di Kolej Vokasional Seberang Perai, Jom Prep mencerminkan komitmen institusi dalam memastikan pelajar sentiasa dibimbing dan diberi sokongan yang secukupnya. Diharapkan program ini dapat melahirkan pelajar yang lebih bersedia, berdisiplin, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran peperiksaan serta alam pekerjaan kelak.
21 APRIL 2025 || WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026
Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang sebagai simbolik peralihan tampuk kepimpinan pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai.
Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pelantikan rasmi barisan kepimpinan pelajar yang baharu serta menyemai semangat tanggungjawab dalam kalangan mereka bagi memimpin rakan pelajar ke arah kecemerlangan holistik.
Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada setiap Ahli MPP yang telah terpilih dan diamanahkan untuk menggalas peranan sebagai suara pelajar sepanjang sesi 2025/2026. Mereka juga telah mengangkat ikrar kepimpinan sebagai tanda komitmen terhadap tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli MPP Sesi 2025/2026 atas pelantikan rasmi ini. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah serta kesejahteraan warga kolej.
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MPP SEPANJANG 2024 - 2025
Lawatan Penanda Aras MPP KVSEP bersama MPP UTeM Melaka diadakan bagi memperkukuhkan kerjasama serta bertukar pandangan mengenai pentadbiran dan pengurusan MPP.
Kami amat menghargai dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MPP UTeM Melaka atas kesudian menerima lawatan kami serta sambutan yang begitu mesra. Perkongsian pengalaman dan ilmu yang diberikan sepanjang sesi ini sangat bermakna dan bermanfaat untuk kami. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat terus erat demi kebaikan bersama pada masa hadapan.
Lawatan Penanda Aras MPP KVSEP bersama MPP UiTM Cawangan Melaka diadakan dengan tujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi serta bertukar pandangan mengenai sistem pentadbiran dan pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MPP UiTM Cawangan Melaka atas kesudian menerima lawatan kami serta layanan mesra yang diberikan. Perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan ini amat bermakna dan kami berharap jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dianjurkan untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan pelajar MPP. Melalui kem ini, pelajar berusaha untuk memupuk nilai-nilai kepimpinan, kesepaduan, dan semangat bekerjasama dalam menjalankan tugas sebagai wakil pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing serta barisan jurulatih ETC Campsite dan 34 peserta dari Majlis Perwakilan Pelajar yang telah menjayakan kem kempimpinan ini.
KVSEP berbesar hati menerima delegasi pelajar dari Jawa Barat, Indonesia, yang datang menjalinkan hubungan kerjasama dan bertukar ilmu dalam bidang pendidikan vokasional. Kehadiran delegasi ini bukan sahaja membuka peluang untuk mempelajari teknik dan metodologi baharu, tetapi juga mengukuhkan rangkaian antarabangsa yang penting untuk pembangunan pendidikan di kedua-dua negara. Aktiviti yang dirancang semasa lawatan ini termasuk sesi latihan bersama, perbualan tentang inovasi dalam bidang vokasional, serta pemahaman yang lebih mendalam tentang budaya dan tradisi masing-masing. Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat.
Majlis ini turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang bertungkus-lumus memastikan segala persiapan berjalan lancar. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberi.
Program ini bertujuan untuk memantapkan sahsiah dan disiplin pelajar melalui pemeriksaan berkala yang melibatkan pemantauan barang-barang yang dibawa ke kolej, pematuhan etika pakaian, kekemasan diri, serta pemeriksaan rambut lelaki. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pentingnya mematuhi peraturan dan menjaga imej diri yang baik.
Terima kasih kepada semua pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dinilai oleh Panel Penilai MBOT untuk memastikan tugas dan tanggungjawab Ahli MPP dilaksanakan dengan berkesan dalam mencapai visi dan misi. Kunjungan ahli Panel Penilai MBOT ke Bilik Operasi MPP membuktikan usaha keras MPP dalam menyuarakan aduan pelajar, serta menyediakan kertas kerja, laporan, dan perancangan aktiviti untuk membantu pelajar di Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSEP).
Panel Penilai MBOT memuji keupayaan MPP dalam merancang dan melaksanakan program yang bukan sahaja menjaga kebajikan pelajar, tetapi juga membentuk kepimpinan dan keterampilan diri. MPP proaktif menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak untuk merealisasikan inisiatif yang memberi manfaat kepada warga pelajar. Usaha gigih ini memperkukuhkan kedudukan MPP sebagai wakil pelajar yang berwibawa di KVSEP.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga KVSEP, MPP, dan pensyarah penasihat atas usaha gigih mereka dalam memastikan akreditasi ini berjalan lancar dan cemerlang. Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat dalam mencapai visi kolej. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus maju dan berjaya.
Program ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi persediaan menghadapi Malaysia Board of Technologists (MBOT). Aktiviti gotong royong ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasama dan tanggungjawab di kalangan pelajar.
Terima kasih kepada semua pelajar dan pensyarah yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Program ini dianjurkan oleh Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama antara pelajar. Pelbagai aktiviti sukan telah diatur untuk memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat mereka dan menjalin hubungan erat sesama mereka.
Terima kasih kepada semua MPP, pelajar, dan pensyarah penasihat yang telah menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada Puan Rusnani binti Ishak, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, atas sokongan beliau.
Program ini dianjurkan oleh Exco Akademik dan Inovasi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pendedahan pelajar kepada pelbagai institusi pengajian tinggi. Fokus utama program ini adalah untuk membantu pelajar merancang laluan akademik mereka bagi menyambung pengajian selepas tamat Diploma Vokasional Malaysia.
Terima kasih kepada En. Muhammad Fauzi bin Sha’ari atas perkongsian ilmu yang sangat berharga.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Exco Multimedia, Publisiti & ICT dengan kerjasama Exco Sukan & Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025.
E-sukan melibatkan strategi dan kerjasama pasukan, serta melatih kebolehan mental dan fizikal pelajar dalam penggunaan teknologi dan sistem elektronik.
Terima kasih kepada Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Puan Rohana binti Osman, dan pensyarah penasihat MPP kerana sama sama hadir bagi memeriahkan pertandingan ini
Satu Majlis Persaraan (Cikgu Azmirul Ngan Abdullah Azmirul Ngan) dan Perpindahan (Pn. Hanizar Ibrahim dan Pn. Mohanahaslinda Mohd Darus) telah selesai dianjurkan oleh KGS 23/24.
Majlis Persaraan dan perpindahan ini bertujuan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan mengucapkan selamat maju jaya dalam fasa baru kehidupan mereka.
Majlis ini ini turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang bertungkus-lumus memastikan segala persiapan berjalan lancar. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberi
Kejohanan Ragbi PEARL 7’s Piala Pengarah Kolej Vokasional Seberang Perai kembali lagi ! Kejohanan ini bertujuan bagi memberikan pengalaman kepada pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan ragbi supaya berdaya saing dan membentuk displin diri yang tinggi.
Kejohanan ini turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang bertungkus-lumus memastikan segala persiapan berjalan lancar. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberi
Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Kolej Vokasional Seberang Perai telah diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik dan membimbing para pelajar.
Majlis ini turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang bertungkus-lumus memastikan segala persiapan berjalan lancar. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberi.
Dengan segala hormatnya, kami ingin mengumumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sesi 2024/2025 telah dilantik pada 25 April 2024. Majlis ini terdiri daripada 35 ahli yang telah dipilih melalui pilihan raya.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 atas kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang dua tahun ini dalam membantu pengurusan kolej. Ini menandakan penghargaan kepada usaha dan sumbangan mereka dalam menjalankan tugas mereka dengan cemerlang demi kebaikan kolej.
📍Untuk makluman semua, Pada 31 March 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 akan dibubarkan dengan rasminya
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MPP SEPANJANG 2023 - 2024
Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk memperluaskan persefahaman dan mengeratkan hubungan antara pelajar dari kedua-dua institusi melalui pertukaran idea, pengalaman, dan pandangan. Selain itu, lawatan ini juga membuka pintu kepada peluang kolaborasi masa depan yang dapat memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar dari kedua-dua institusi.
Gambar Graduasi
Video semasa menerima skrol Sijil Vokasional Malaysia Kohort 2019/2020
Gambar Graduasi (Dewan)
https://drive.google.com/drive/folders/1yoEVDBa7T9nLa3WLM8VmX-sewIumH6wZ?usp=sharing
Gambar Graduasi (Luar Dewan) akan dikemaskini dalam masa terdekat
Video semasa menerima skrol Sijil Vokasional Malaysia Kohort 2021
Pertandingan ini diadakan pada 19 Ogos 2023 di KV Seberang Perai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. Seramai 24 pasukan dari seluruh KV di Malaysia telah turut serta dalam pertandingan ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah menjadi penentu utama dalam menjayakan pertandingan ini, menjadikan mereka tulang belakang yang penting dalam pengaturan acara ini dengan cemerlang
Festival ini diadakan pada 18 Ogos 2023 di KV Seberang Perai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. Seramai 10 kumpulan yang terdiri dari pelajar KV Seberang Perai telah turut serta dalam festival ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah berperanan penting dalam menjayakan festival ini dengan menyusun acara-acara menarik, merancang aktiviti kreatif, dan memastikan festival berjalan dengan lancar dan penuh semangat.
Sambutan ini diadakan pada 29 September 2023 di KV Seberang Perai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan AJK Surau Al-Amin. Sebanyak 20 kelas yang terdiri dari pelajar KV Seberang Perai telah turut serta dalam sambutan ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah berperanan dalam merancang dan melaksanakan program-program yang membawa kebaikan rohani kepada pelajar. Ini termasuk ceramah agama, aktiviti kebajikan, serta program-program pendidikan yang menguatkan nilai-nilai moral.
Karnival ini diadakan pada 21 Oktober 2023 di Kopa Arena, USM Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar. Sebanyak 19 kumpulan yang terdiri dari pensyarah seluruh KV di Malaysia telah turut serta dalam karnival ini. Majlis Perwakilan Pelajar telah berperanan penting dalam menyelenggarakan dan memeriahkan karnival ini dengan penuh semangat dan dedikasi, serta menjadi wadah untuk memudahkan koordinasi acara sebesar ini. Selain itu, mereka juga menyusun aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada pensyarah untuk berinteraksi, berkongsi pengetahuan, dan mengukuhkan hubungan antara KV di Malaysia.
31 MAC 2025 || MALAM GALA & MAJLIS PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025
Majlis Malam Gala & Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 telah diadakan bagi meraikan barisan kepimpinan pelajar yang telah banyak menyumbang tenaga dan idea sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap komitmen dan kerjasama luar biasa yang telah diberikan dalam membantu melancarkan urusan pengurusan serta pembangunan pelajar di KVSEP.
Sepanjang setahun kepimpinan ini, MPP telah membuktikan keupayaan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, menjayakan pelbagai program, serta memperkukuhkan suara pelajar di peringkat kolej. Majlis ini turut dimeriahkan dengan tayangan imbas kembali, sesi penghargaan, dan penyampaian sijil kepada semua Ahli MPP.
Untuk makluman semua, pada malam ini juga, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 telah dibubarkan secara rasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Ahli MPP, barisan pensyarah penasihat, dan pihak pengurusan kolej atas sokongan serta kerjasama sepanjang sesi ini. Semoga segala pengalaman yang diraih menjadi bekalan berharga untuk terus melangkah maju di masa hadapan.